Friday, 4 July 2014

Guru dan Pembinaan Negara Bangsa-Satu Perspektif

Guru dan Pembinaan Negara Bangsa: Suatu Perspektif
Oleh:
Mohd Husin Bin Mohd Tap
Bidang Sejarah, Jabatan Kajian Sosial
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Pengenalan
Kebanyakan negara yang pernah dijajah biasanya akan menghadapi masalah dalam usaha membina sebuah negara bangsa apabila negara itu mencapai kemerdekaan. Malah ada negara-negara di Asia dan Afrika yang berpecah belah sebaik sahaja ia dibebaskan dari belenggu penjajahan. Perpecahan ini adalah berpunca dari kegagalan rakyat negara-negara tersebut mencari asas-asas perpaduan dan persefahaman di kalangan mereka. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Walaupun negara telah 55 tahun mencapai kemerdekaan dan telah menjadi sebuah negara yang pesat membangun, namun sebuah negara bangsa Malaysia masih belum dapat dibentuk dalam erti kata sebenarnya. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa pembinaan negara bangsa Malaysia masih di tahap impian kerana sehingga kini masih tiada ada satu identiti sepunya bagi seluruh rakyat di negara ini. Buktinya kita masih sukar hendak menunjukkan ciri-ciri dan rupa bangsa Malaysia secara pasti dan yakin apabila ada orang bertanya mengenainya.

No comments:

Post a Comment