PERLUASAN PENGARUH
TEKNOLOGI SISTEM PENGAJARAN KE ATAS PENDIDIKAN TINGGI
Oleh:
MOHD HUSIN BIN MOHD TAP
Bidang Sejarah, Jabatan
Kajian Sosial,
IPG Kampus Tun Hussein
Onn, Batu Pahat, Johor.
1.0 Pengenalan
Pada
masa kini, teknologi berkembang dengan sangat pantas. Ia secara tidak langsung
memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di seluruh
Malaysia. Perkembangan arus teknologi telah berjalan seiring dengan
perkembangan bidang pendidikan yang semakin pesat membangun sekaligus meletakkan
harapan Malaysia untuk setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Penggubalan kurikulum yang memenuhi kehendak semasa mesti ditekankan dan
penyelidikan mengenai ICT harus dibangunkan untuk mengelakkan pendidikan yang
ketinggalan zaman (Tengku Mohd Tengku Sembok, 2005). Teknologi dilihat sebagai
faktor penggerak yang memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan modal
insan yang mampu membangunkan sesebuah negara. Menurut Tajul Ariffin dan
Nor’Aini (2002) kejayaan negara yang bertitik-tolak dari pembentukan modal
insan yang cemerlang sentiasa berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang
pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan dilihat membantu
pelajar dan juga guru untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran
(P&P). Menurut Rosboottom dan Maniar (2004) teknologi dapat menjadikan
proses pembelajaran menjadi lebih efisyen, lebih efektif, lebih menyeronokkan
dan menunjukkan nilai positif sekiranya berada dalam pedagogi yang betul.
Selain itu, konsep integrasi teknologi dalam pendidikan boleh didefinisikan
sebagai pengintegrasian tanpa kelim antara pelbagai media dalam satu
persekitaran digital bagi memenuhi tujuan persekitaran pembelajaran, pedagogi,
reka bentuk kurikulum dan stail pembelajaran pelajar (Halimah, 2005).
No comments:
Post a Comment