Friday, 11 July 2014

HUBUNGAN ETNIK: KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK II

      Masyarakat majmuk menurut J.S Furnival,1948:

   1.   Terdapat pelbagai jenis manusia.
   2.   Mereka bercampur tertapi tidak bersatu.
   3.   Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah.
   4.   Mereka bertemu di pasar raya.
   5.   Pembahagian tenaga buruh yang berdasarkan garis perkauman.

1 comment:

  1. Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek.Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan Fuzhou(Hokchiu).

    Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat.Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau mengikut tempoh yang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.

    Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.

    Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengan sulaman benang emas dan sutera.Namun,ia masih boleh dilihat pada masa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah labuh,Cheongsam,Baju Shanghai dan Samfoo masih kekal dipakai dalam upacara majlis.Kebanyakannya dihasilkan dari negara China dengan menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan sutera.
    Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina.Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan.Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah.Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina.Dua tarian singa yang amat terkenal ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”.

    ReplyDelete